Angel Wing Heart assalamualaikum..meet wannyletto.blogspot.com.. (^_^,): 2012

Saturday, 18 February 2012

berposing VS mencari idea untuk projek art


Assalamualaikum warahmatullah..
alright..semalam wanny and kawan2 wanny keluar jalan2 makan angin..ecehh!
tak adala keluar jalan2 makan angin sangat..sebenarnya keluar pun nak mencari idea untuk projek art kami nie..mana la tahu dapat ilham kan..sekali nak buat research untuk tajuk folio seni stpm 2012 -->'KEMELUT' kami nie..

okay..destinasi pertama kami ialahhhh-->BALAI SENI LUKIS NEGARA..dah tu jela tempat yang sangat bersangkut paut dengan art..okay...teruja sangat tengok lukisan2 pelukis terkenal..cantik gilaa..!dengan kanvasnya yang sebesar2 alam..tak tahu nak cakap camna..teknik yang digunakan pun smart la..ada teknik glazing,guna teknik brush...and macam2 la..yang arca diorang buat pun cantik..teliti habis la cara pembuatannya..

Kami pun paling tak dapat jugak idea untuk nak touch bilik galeri kami(pameran bulan3) nie..wah2..excited2!Fauziah Ashaari penulis novel terkenal Ombak Rindu yang tip top sekarang nie pun kami jemput jugak nanti untuk pameran galeri kami nie..pelukis2 terkenal..

alahaii..tapi takut la jugak kalau sesi kritikan nanti..wanny punya lukisan pun tak adala cantik mana...tak tahu nak touch up celah-bedah mana lagi lukisan sunflower nieyh..risau jugak nie..pamerannya lagi sebulan lebeyh maaaa!!!!wah..takut2..jangan ditanya soalan2 yang bukan2 sudah..kalau tak,hahahaha..memang berak kapur la nanti jawapnya kan..hehe..sayang..kami tak dapat nak snap picture lukisan2,arca2 and macam2 lagi yang ada dekat balai seni lukis..NOT ALLOWED!!sedeyh2...

tak pela..sebabkan tak dapat nak snap gambar2 lukisan2..kami pun bersnapping2 gambar sendiri..haha..syok sendiri..okay..semua muka adalah sikit2 ikut kriteria untuk nak letak dekat kulit muka magazine..haha..TAPI KENA REJECT..hehe..


1..2..3..4..smile!!okay..cantik,,mengikut ketinggian.. :)
muka loyar cantik...kuangkuang..he
kiri : iera muka suci dan mulus.. kanan : dayah lau berposing memang suka.. :)
hero2 malaya
okay..mereka sangat sweet..love them..
muka kalian sangat comel time nieyh..serious tak tipu.. :)
love my gurlz so much..muachxx!!
wanny ngan aiman baju da ngam da..dayah ngan umar baju xsecocok laa..he
smileeeeeeeeeeee.. :)
u guys so sweet.. :)
girl2feriend saya ne hot kan????weeee.. 
sweet..fullstop!
yummy2!aiskrim2..
baim wong makan aiskrim macam nak menyanyi..ala2 pegang mikrofon gitu..he
see..my nora elena nie kalau dah suruh berangan no1..
weeeeeeeweeeee.. :)
senyuman paling manis untuk setakat nieyh..he
okay..saat berposing sorang2..tiba2 orang dekat belakang sibuk nak interframe sekali..he

p/s : balik semua terlentang atas katil sebab kepenatan..tapi seharian enjoy.. :)

Friday, 17 February 2012

this is what we call "TRUE FRIENDSHIP"..



Assalamualaikum pembuka kata..
 kawan tu sebenarnya ialah someone selain family yang ley buat kita ketawa bagai nak pecah perut..
seriously sebenarnya datang sekolah tadi mood dah terbakar habis sebab break kereta yg ketat bagai nak gila..!
and sekali dengan orang test JPJ tu..huahuahuahaaa..sedeyh2..sumpah sedeh..kalah heartbroken..putus cinta pun tak macam nie..ahhhh..tak boleh nak dengar perkataan FAIL drpd mulut org JPJ tu..sangat sedeh... :'(

kalau boleh curi kereta test JPJ tu..dah lama buat!biar wanny jew yang buat test sendiri..penat menunggu putera raja datang menjemput satu hal..pagi datang petang baru dapat drive..huahuahua..memang bermain dengan emosi la kan jawabnye..sedeyh2..okay2la..malas nak cakap pasal MOOD TERBAKAR nie..hermhermmm..

Tak tahu kenapa sehari tak datang sekolah rindu yang teramat sangat dekat kawan2 tercinta wanny nie..admit yang saye rindu awak2 wahai kawanku..!kiss sikit!opppss..sorry2..tlebeyh suda.. :) datang sekolah dengar segale story-mory diorang mang nak pecah perut ketawa..ada jugak citer sedeh..biasela..hidup nie kalau tak ada masalah..bukan hidup lah namanya..cuma kita nie kuat@tak kuat jew nak mengahadapi dugaan2 nie..wanny sendiri pun kadang2 tak kuat jugak..tapi..kena jugak buat kuat..

tak tahu kenapa dah lepas citer2 kelakar..kami share la pulak cerita sedeh..orang kata masalah kami..hermm..mang dalam 4orang la yang menangis termasuk lah wanny..disebabkan masing2 nak hilangkan tension..hehe..nak tahu kitorang wat apa???MAIN BOLA BALING!!hehe..

hahaa..macam2 skill la yg jumpa..AIN yg terkenal dgn trademark AUMMMM dia tak habis2 dgn ktawe mngilai dia..and ain takut bola..!hahaa..fazilah..hahaa..buat aksi mengancam!!memang budak lelaki tak tidur malam laa faz diorang ingat aksi kau..hidayah and azimah excited pukul bola..ayu2 bila dah jumpa bola hilang segala keayuan..hehe..budak2 lelaki????hermm..main memang best!!husna boleh kata pemain cemerlang jugak tadi..baim wong main bola menakutkan..macam nk goda orang..hahaa..lau main depan mana2 pelancong..adoiii..lari lintang-pukang diorang tengok baim wat aksi mengancam..SESUAI sangat dengan faz..umar pun tak kurang hebatnya..main best..ridzuan pun main leyh tahan..tapi...hermmm..sesi memerli si SUDU dengan si GARFU pun tak nak kalah diorang nie.."malunye aku!!!"orang kata kalau ada bantal dekat situ..memang aku dah sorokkan dah muka aku dekat bantal..kena bahan kaw2 tadi!!..hehee..

masing2 enjoy main..tak tahu laa kenapa..rasa sedeh..tahun nie tahun last..lpas stpm nie mang dah tak menjejakkan kaki dekat sekolah dah..seriously..dalam ketawa and senyum sebenarnya sedeh juga..sebab i'm gonna miss that time..surely i'll miss them..selama dr form1 until form5..rasa form6 paling bermakna laa..sebab terasa makna persahabatan tu..sangat bersyukur ada kawan macam diorang..yang care each other..

sebenarnya gambar yang berkaitan dengan entry kali nie tak ada..ada dalam fon iera sepet..so nie download drpd fb..gambar time kami BBQ bulan satu aritu..tak pela..janji ada gambar my sayangs2 nie.. (^_^,)

dari kiri: hidayah,wanny,zimah,nadzirah..

dari kiri : nadzirah,wanny,hafifah,ain,fazilah,iera,azimah
belakang : baim wong(hehe),dayah..

sesi anak gadis & anak teruna memasak..hehe

hero2 kite memanggang ayam..hasilnya ayam hangit..hehe..telan jewla..

budax comel menggaul sos

baim wong khusyuk buat kerja..sapu tangan at leher tu xnak lepas..

ayam yang dipanggang..sedap2...

ini budak kalau suruh berposing no1..haha..
kiri : dayah.. kanan : ain

muka penat berhempas-pulas dengan bahang arang..

kalau suruh berposing yang memandang ke masa hadapan..memang razak la orangnye

selesai makan..sesi mencuci pinggan mangkuk and tempat2 memasak la..weeee

okay..last but not least..wanny berphotoshoot dengan pn.huda.. :) sibuk jeww..he

p/s : to all of my sayangssszz..
---> TRUE FRIENDS ARE NEVER FAR APART..MAYBE IN DISTANCE,BUT NOT IN HEART.. :)

Saturday, 11 February 2012

9 CIRI-CIRI WANITA IDAMAN LELAKI..

 Assalamualaikum..
hari ahad yang sangat indah & damai..
tadi wanny sempat berblogwalking..tak tahu kenapa dengar satu lagu nie..sangat la tersentuh mendengarnya..tajuk lagu tu Di Atas Satu Cinta..subhanallah..memang tenang sangat dengar lagu tu..
jadi disebabkan da tersentuh mendengar lagu tu..hati,minda dan jari nie nak mengupdate dekat blog wanny fasal ciri2 wanita idaman lelaki..

okay2..sebenarnya entry kali nie saja nak mengingatkan diri yang kadang2 alpa..diri mengharapkan seseorang yang baik untuk kita..tapi kita pun kenalah berusaha untuk menjadi yang terbaik sebelum nak mendapatkan yang terbaik kan wahai kaum hawa..okay2..back to our topic..

Antara ciri2 wanita idaman lelaki..


1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.


2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.

Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.



3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Tapi, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tak sesuai, menampakkan wanita tu seperti kurang matang.



4. Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.



5. Berakhlak Mulia

Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita soleheh.. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan penyokong kepada suami.



6. Tidak Mempamer Keseksian

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.



7. Tidak cerewet.

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki menyampah dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara tu hanyalah perkara kecil. "Mengomplen" aje kerjanya... upss..



8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu cakap, dia tu sudah dapat membaca riak muka suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.



9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Cemana ciri-ciri wanita yang sejuk mata memandang nih? Haa.. ni dia :
  • Bersopan satun
  • Sentiasa memansikan wajah
  • Sentiasa senyum
  • Menutup aurat
  • Ramah dan mesra
  • Tidak terlalu cemburu
  • Menghormati orang lain.

Ok, tu lah dia 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki. Moga apa yang wanny kongsikan ni hasil berblogwalking tadi bermanfaat pada awak2 sekalian dan dapat menjadi pengukur dalam peribadi awak2 dan pasangan.

Satu lagi tips..sebelum tidur, nilai diri kita, kelebihan dan kekurangannya serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Atasi kelemahan diri step-by-step dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita.


Thursday, 9 February 2012

dua hari yang sangat penat but AWESOME..

Assalamualaikum pembuka kata..hehe..

setelah beberapa hari tak mengupdate blog..hari ni baru berpeluang nk mencoretkan something..sangatlah sibuk tak terkata..nama pun dah 6 ATAS,banyak benda yang kena buat..folio seni nye tajuk folio dah keluar..-->KEMELUT tajuk dia..haha..memang sangat berkemelut lah kami satu kelas nak mencari idea2 untuk skop kajian kami..tapi

TAPI,sebelum nak melompat cakap fasal folio seni..bulan 3 nie kitorang ada pembukaan galeri seni..ni sebenarnya projek budak2 art macam kami ni untuk tahun 2012,sambil nak realisasikan harapan cikgu nak bukak galeri seni..sebab tu la selama cuti 4 hari dari sabtu sampai selasa sempena cuti MAULIDUR RASUL & THAIPUSAM..kami pun cuti tao..huahuaa..kerja2 sekolah pun memang 'berdating' lah dengan kitorang..tak nak berenggang walaupun sekejap...bak kata fazilah(my bestie)..STRESS2! sambil muka tersenyum--> (^_~,) hehe..oleh sebab cuti,kami pun buat la survey2 dekat certain tempat untuk nak touch up galeri kami yang comel tuh..hehe..

hari SABTU kononnya nak buat survey,tapi menerewang habis...haha..menerewang is jalan2 sambil makan sambil makan angin...hehe...



gadis belah kiri yang cantik manis ialah my BESTIE(hidayah mohamad)..admins kanan..



my BESTIE yang comel(fazilah)..

okay..nie ibrahim..kitorang suke sangat panggil dia baim wong or cina apek..haha..mata sepet sangat..kawan yang paling lama since primary school until now.. :')
------------------------------------------------------------------

hari ahad yang sangat best!mulanya pergi majlis perkahwinan abang classmate kitorang..and lepas tuh..yahh!start our teip to-->MUZIUM NEGARA jew..hehe..nak buat survey sikit..tapi posingnye,masing2 tak nak kalah..wanny sakit kaki..sebab dekat wedding terpele'ot!jatuh tao.,malu2..so kaki da bengkak..nak bergambar pun agak2 nak tak nak jew..hehe


mereka nie memang sangat sweet sentiasa..


haha..comel tak sayang2 kita nie..he




okay..pic tak cantik..tangan nak buat peace tapi dah gone..he..blur2..nie senanye amek 
dekat kawan nye file pic..huahuaa..


antara gambar di MUZIUM NEGARA yang sempat diambil..



cantik sangat dalam nie...faz cakap dia nak kahwin dekat sini..hehe..insyaAllah...aminn..


nie kerusi khatib okay..unik..


al-Quran lama dari China..walaupun dah lama sangat al-Quran nie,tulisan masih jelas..

ukiran at atas nie memang cantik..teliti habis la cara pengukirannya..


nie barangan hiasan kepala wanita zaman dulu tao..


cantik kan..hiasan wanita..




suka sangat tengok pasu noe..antik!lau letak satu dekat rumah..huahuaa..sukanya!!




setakat nie tak pernah lagi jumpa sikat macam nie...and sikat nie sangat unik..


okayyy..tak banyakk sangat nak letak gambar..tapi nie selama dua hari kami pergi survey..walaupun penat dan terkulai layu bila balik ke rumah..haha..sangat berbaloi..n best..sayang korang sangat2..

p/s: to baim wong..sorry yew..kita amek gamba2 nie dekat album photo awak..hahaa..nak cakap nie..thank u..thank u..arigatogozaimas!he.. (^_^,)