Angel Wing Heart assalamualaikum..meet wannyletto.blogspot.com.. (^_^,): 9 CIRI-CIRI WANITA IDAMAN LELAKI..

Saturday 11 February 2012

9 CIRI-CIRI WANITA IDAMAN LELAKI..

 Assalamualaikum..
hari ahad yang sangat indah & damai..
tadi wanny sempat berblogwalking..tak tahu kenapa dengar satu lagu nie..sangat la tersentuh mendengarnya..tajuk lagu tu Di Atas Satu Cinta..subhanallah..memang tenang sangat dengar lagu tu..
jadi disebabkan da tersentuh mendengar lagu tu..hati,minda dan jari nie nak mengupdate dekat blog wanny fasal ciri2 wanita idaman lelaki..

okay2..sebenarnya entry kali nie saja nak mengingatkan diri yang kadang2 alpa..diri mengharapkan seseorang yang baik untuk kita..tapi kita pun kenalah berusaha untuk menjadi yang terbaik sebelum nak mendapatkan yang terbaik kan wahai kaum hawa..okay2..back to our topic..

Antara ciri2 wanita idaman lelaki..


1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.


2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.

Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.



3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Tapi, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tak sesuai, menampakkan wanita tu seperti kurang matang.



4. Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.



5. Berakhlak Mulia

Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita soleheh.. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan penyokong kepada suami.



6. Tidak Mempamer Keseksian

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.



7. Tidak cerewet.

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki menyampah dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara tu hanyalah perkara kecil. "Mengomplen" aje kerjanya... upss..



8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu cakap, dia tu sudah dapat membaca riak muka suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.



9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Cemana ciri-ciri wanita yang sejuk mata memandang nih? Haa.. ni dia :
  • Bersopan satun
  • Sentiasa memansikan wajah
  • Sentiasa senyum
  • Menutup aurat
  • Ramah dan mesra
  • Tidak terlalu cemburu
  • Menghormati orang lain.

Ok, tu lah dia 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki. Moga apa yang wanny kongsikan ni hasil berblogwalking tadi bermanfaat pada awak2 sekalian dan dapat menjadi pengukur dalam peribadi awak2 dan pasangan.

Satu lagi tips..sebelum tidur, nilai diri kita, kelebihan dan kekurangannya serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Atasi kelemahan diri step-by-step dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita.


No comments:

Post a Comment